Share
"Ustazah, Semenjak saya berkahwin, Suami saya suruh saya jadi baik. Suami paksa dan Suruh Saya pakai tudung dan jaga aurat Di Tempat kerja saya, Tiada seorang pun yang memakai tudung. Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit. Sekarang saya di sisihkan kerana pakai tudung. Ekonomi saya pun jatuh. Sedihlah ustazah.. Saya tahu wajib dan lain-lain. Tapi... Lemah semangat.. Boleh beri sedikit nasihat pada saya? Jawab Ustazah "Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung. Allah sayang puan.. Dulu ketika saya darjah 6, Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni.. "Ada seekor rusa yang sangat cantik, Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik. "Wah... cantiknya tanduk aku..!" bisik rusa itu penuh bangga Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik.. Dia tersenyum seorang diri set...