Morning

 3 fasa negatif yang kita boleh ubah kepada positif:


1. Fasa permulaan.

- waktu ini serba serbi tak kena. Buat itu kena ketawa. Buat ini kena gelak. Normal. Jalan terus dan fokus.

- waktu ini juga ramai akan cakap belakang, kata kita bodoh, kata kita bongok dan sebagainya. Pekakkan telinga dan jalan terus!


2. Fasa mendaki.

- fasa ini bukan sahaja mental kena kuat. Diri juga kena tahan semua kepenatan. Nak grow memang kena banyak berdiam dan memaksa diri pergi berperang siapkan semua. Tidur tak cukup, termis makan dan sebagainya. Malah nak duduk dengan keluarga pun payah. 

- namun kena jalan terus! Fasa yang ini kena kuat! Kita letak dalam kepala "ujian hebat untuk orang hebat!"


3. Fasa mendapat hasil. 

- ujian terdekat ialah ramai mula tiru. Tak payah bimbang, mereka takkan capai pada tahap pertama lagi. Mereka akan cakap nak buat namun mereka takkan mampu sampai ke fasa ke-2.

- apabila kita ditiru itu tandanya kita buat benda betul. Jadi fokus, terus belajar dan pastikan kita sentiasa update ilmu dan berguru. 

- guru akan nampak salah silap kita. Itu paling penting. Bukan cakap orang luar yang tak tahu apa-apa. Jadi fokus berguru!


Kalian kena ingat, apabila kita tanam pokok. Benih itu diam-diam sahaja ada di dalam tanah. Tak ada bunyi hiruk pikuk pun. Sangat sunyi. Kita baja, kita siram, tahu-tahu dia tumbuh.


Itulah "diam" yang kita nak. Itulah maksud diam-diam berisi. Kena beringat, hanya pokok patah atau tumbang sahaja akan berbunyi kuat. Jadi hati-hati membuat bising semasa menyemai dan membaja. Biar kita sahaja tahu apa hasilnya, bukan orang lain.


Saya dah berbuah, semua orang nampak. Waktu itu baru mereka tahu diam-diam kita adalah diam yang orang kepingin. Waktu itu baru mereka terkejar mahu belajar. 


Begitulah.


Khairul Hakimin Muhammad,

💪


Comments