Hati-hati
Cara hadapi demam yang tengah fenomena waktu sekarang
2 minggu lepas saya terkena demam mengejut.
Lama dah tak demam sebenarnya. Kali ni rasa teruk sikit.
Demam kali ni, tak panas sangat. Cuma dia serang 2 tempat yang buat saya tak bermaya.
Pertama kepala sakit sampai mencucuk-cucuk.
Kedua badan lenguh, nak tidur azab, serba tak kena, semua posisi tak selesa, akhirnya tidur-tidur ayam je.
Alhamdulillah, 2 hari je, tak melarat. Cuma demam ni membawa kepada hilang selera makan selama seminggu. Makan sekadar alas perut je. Hilang terus nafsu makan. ๐
Demam saya berpindah kepada semua ahli keluarga, semua orang demam kecuali anak bongsu sorang ni, selamat. Mungkin antibodi dia kuat lawan virus demam ni.
Alhamdulillah yang lain tak melarat, paling lama pun anak sulong 3 hari. Paling cepat anak lelaki recover 1 hari.
Ini yang saya buat supaya demam tak melarat.
1. Jangan ambil makanan radang. Gula, gandum, makanan berproses tak sentuh dan tak beli langsung. Benda ni ramai orang tak buat, sebab tu demam jadi berpanjangan.
2. Ambil air banyak dari biasa. Ambil 2-3 botol besar sehari. Badan panas sebab tak cukup air. Badan mungkin dijangkiti virus, kena cepat keluarkannya melalui sistem perkumuhan.
3. Buat aktiviti berpeluh. Peluh ni boleh buang toksid secara natural. Lagi banyak toksid dalam badan, lagi susah nak kebah dari demam. Kalau tak larat, buat stretching, lari setempat atau buat sauna, janji berpeluh menitik.
4. Enjoy dalam sakit, jangan terlalu ikutkan rasa sakit, hanya baring dan mengadu sakit. Mental tak kuat, lagi lama melarat. Cari aktiviti kita suka buat. Berkebun, berkelah, shopping dan lain-lain.
5. Tak ambil panadol atau ubat demam. Saya sedar, dua ubat ni cuma penahan sakit je. Tak mampu nak pulihkan penyakit. Tak mampu juga nak kurangkan radang. Siapa tak setuju, terpulang. Ini pilihan saya. Cuma kalau anak saya yang tak tahan sangat tu saya bagi juga. Dalam 3 orang anak saya demam, sorang je diberi ubat.
6. Ambil vitamin C high dose. Semua orang ambil masa ni, memang tinggi kosnya, sebab guna Redox Ultra. Sekejap je nak habis. ๐ Tapi berbaloi, insyaAllah tak mudah demam untuk kali kedua. Kali ni punya demam saya perhati, orang sama boleh kena berkali-kali.
7. Buat jus buah daripada delima, oren, batang saderi dan epal. Tujuannya untuk detox dan bagi kesegaran pada badan.
8. Makan buah naga untuk datang balik selera makan.
9. Ambil supplemen yang ada kandungan buah beri. Macam strawberi, acaiberi, blueberi, malberi dan lain-lain. Boleh tingkatkan antioksida dalam badan.
10. InsyaAllah buat ni je, demam akan recover cepat dan tak mudah berulang.
Bila demam ni, kos nak pulih memang tinggi. Jagalah kesihatan, amalkan gaya hidup sihat. InsyaAllah lama sihatnya. Penyakit nak hinggap pun susah.
Semoga bermanfaat.
Cikgu Kahar

Comments
Post a Comment